PUTRAJAYA: Bekas hakim Mahkamah Tinggi, Abd Rahim Uda dilantik mengetuai pasukan petugas khas untuk menyiasat penemuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang Cawangan Khas Bukit Aman terbabit dalam kehilangan paksa Pastor Raymond Koh dan aktivis, Amri Che Mat.
Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berkata, pasukan petugas khas itu diberi 6 bulan untuk menyediakan laporan mengenai kehilangan 2 individu itu.
“Seramai 6 ahli pasukan yang dilantik dan diberi masa 6 bulan menjalankan siasatan sebelum dibentangkan kepada Kabinet. Dengan adanya pasukan ini, diharap beri keadilan kepada semua pihak berkaitan,” katanya dalam sidang media di Kementerian Dalam Negeri hari ini.
Berita lanjut menyusul.