Rumah terbuka Kementerian Pengangkutan kecoh, pemandu teksi desak jumpa Loke

Antara sepanduk yang dipamerkan ketika berkumpul dalam bantahan pemandu teksi seluruh negara hari ini.

PUTRAJAYA: Kira-kira 500 pemandu teksi dari kumpulan pemandu teksi seluruh negara berkumpul di depan bangunan Kementerian Pengangkutan enggan bersurai selepas desakan untuk bertemu dengan menterinya, Anthony Loke gagal dibuat.

Pada masa yang sama, kementerian itu menganjurkan sambutan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri.

Loke dijangka tiba pada jam 1.00 tengah hari.

Terdahulu, kira-kira 2,000 pemandu teksi berkumpul di perkarangan pintu masuk Pejabat Perdana Menteri dari jam 8.00 pagi bagi menggesa campur tangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam isu yang melanda industri teksi negara.