456 individu ingkar arahan PKP dikompaun

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, Operasi Benteng berjaya melakukan tangkapan melibatkan 12 pendatang asing tanpa izin dan 2 tekong semalam.

PETALING JAYA: Kerajaan memaklumkan polis menahan 456 individu atas kesalahan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, ke semua 456 individu itu dikompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP, termasuk tidak memakai pelitup muka (174), penjarakan fizikal (74), gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran diri (72), aktivti pusat hiburan (34) dan lain-lain (102),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail berkata, Operasi Benteng berjaya melakukan tangkapan melibatkan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 2 tekong semalam.

Beliau berkata, 2 kenderaan darat juga berjaya dirampas.

“Sebanyak 298 sekatan jalan raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam,” katanya.