94 kes jangkitan baru, tinggi berbanding sembuh

PUTRAJAYA: Sebanyak 94 kes jangkitan baru Covid-19 dilaporkan hari ini.

Kes jangkitan baru hari ini merupakan hari ke-14 trend 2 angka sejak 16 Apr.

Tiada kematian dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan seramai 40 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi, dengan 18 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, 55 pesakit dilaporkan sembuh.

Jumlah sehingga kini, 4,087 kes sembuh berbanding 1,758 kes aktif dan 100 kematian secara keseluruhan.

Keseluruhan rakyat yang dijangkiti Covid-19 di Malaysia sehingga hari ini berjumlah 5,945.