Ahli Parlimen Padang Besar stabil selepas dipindah ke hospital di Kedah

Ahli Parlimen Padang Besar, Zahidi Zainul Abidin. (Gambar Bernama)

KANGAR: Ahli Parlimen Padang Besar, Zahidi Zainul Abidin yang ditempatkan di Unit Rawatan Koronori (CCU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Pengarah HTF, Dr Othman Warijo berkata, Zahidi, 58, dipindahkan ke HSB kira-kira 9.30 malam tadi bagi mendapat rawatan daripada Unit Kardiologi Khas di sana.

“Beliau kini dalam keadaan stabil, bagaimanapun pemantauan lanjut akan diteruskan bagi mendapat rawatan lebih efektif di sana (Hospital Sultanah Bahiyah),” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Terdahulu, Bernama melaporkan Zahidi dikejarkan ke Unit Kecemasan HTF kerana mengalami sesak nafas ketika bangun dari tidur kira-kira 5 pagi tadi.