SAYA telah mendapat khabar semalam bahawa Yang di-Pertuan Agong telah bertitah untuk membincangkan dahulu dengan Majlis Raja-raja sebelum baginda membuat keputusan tentang cadangan pengisytiharan darurat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Langkah Yang di-Pertuan Agong ini satu keputusan yang bijak dan tertib.