Bicara 1MDB ditangguh, pasukan peguam Najib jalani kuarantin

PERBICARAAN 1Malaysia Development Bhd (1MDB) melibatkan Najib Razak ditangguhkan hari ini selepas pasukan 12 peguam bekas perdana menteri itu menjalani kuarantin sendiri kerana disyaki Covid-19.

Ketua pihak pembelaan Muhammad Shafee Abdullah dikatakan dijangkiti virus semasa kenduri pada Sabtu lalu daripada adik iparnya, kata wakil peguam Shafee, Nor Farhah Mustaffa memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini.