Covid-19: Kluster pendidikan meningkat 83.3% dalam tempoh seminggu

Dr Adham Baba berkata, pelajar yang mempunyai simptom tidak perlu ke sekolah.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, kluster Covid-19 membabitkan institusi pendidikan meningkat kepada 83.3% dalam tempoh seminggu.

Menterinya Dr Adham Baba, berkata sebanyak 12 kluster pendidikan direkodkan pada minggu sebelumnya namun meningkat kepada 22 kluster minggu lalu.

Sehubungan itu, beliau menyarankan pelajar yang mempunyai simptom tidak ke perlu ke sekolah.

“Pelajar yang ada simptom diminta duduk di rumah manakala ibu bapa yang kuarantin tidak perlu menghantar anak mereka,” katanya pada sidang media laporan mingguan berhubung Covid-19.

BERITA LANJUT MENYUSUL