Idea besar untuk ruang yang kecil

Pemilihan perabot, warna dinding dan hiasan amat penting dalam menjadikan rumah kelihatan lebih besar. (Gambar Rawpixel)

Ruang tamu yang kecil sering menjadi cabaran untuk menjadikan ia kelihatan besar. Walaupun ruang mungkin terhad, itu tidak bermakna kreativiti anda juga terhad.

Berikut adalah beberapa tips untuk menghias rumah dengan ruang yang kecil dan menjadikannya kelihatan lebih besar.

1. Warna cerah

Warna cerah akan menjadikan ruang kecil kelihatan besar. (Gambar Rawpixel)

Warna memainkan peranan penting dalam menjadikan bilik yang sempit terasa lebih besar dan lebih cerah.

Menggunakan warna terang di dinding dan lantai adalah kunci untuk menjadikan bilik kelihatan lebih besar.

2. Cermin

Selain mencipta ilusi, cermin juga akan memantulkan cahaya di dalam bilik. (Gambar Rawpixel)

Cermin boleh menjadi pertolongan besar dalam menciptakan ilusi seolah-olah terdapat banyak ruang di dalam bilik kerana ia menyediakan titik fokus.

Cermin yang diletakkan secara strategik akan memantulkan sumber cahaya di dalam bilik.

Bagi mendapatkan kesan pantulan cahaya yang terbaik, gantungkan cermin berhadapan tingkap.

Semakin besar cermin, adalah lebih baik.

3. Gunakan Sudut

Mencipta ruang di bahagian sudut, menginspirasi setiap ruang digunakan sepenuhnya dengan bijak. (Gambar stylecaste.com)

Sudut sering diabaikan tetapi sebenarnya ia adalah tempat terbaik untuk bersantai sambil meletakkan rak buku serta kerusi rehat sekaligus menjadi sudut bacaan yang selesa.

Anda juga boleh menambah beberapa rak untuk menyediakan lebih banyak ruang simpanan sekaligus menjadikan ruang sudut digunakan sepenuhnya.

4. Pilih perabot berskala kecil

Pemilihan perabot amat penting dalam memastikan ruang yang kecil tidak berserabut dan lebih kemas. (Gambar Rawpixel)

Pilih perabot yang sesuai dengan ruang kecil. Perabot yang besar, tampak kurang bergaya dalam ruang kecil dan juga sukar dikendalikan. Sedangkan barang-barang kecil memberi anda fleksibiliti tambahan.

Dapatkan kerusi tanpa lengan yang menjimatkan ruang dan kelihatan lebih kecil. Gabungkan dengan meja bulat yang dapat membantu mewujudkan ruang lebih besar.

5. Pokok hiasan

Pokok dan tanaman hiasan sememangnya pilihan terbaik untuk menyegarkan kediaman. (Gambar Rawpixel)

Letakkan tanaman hiasan di ruang rumah anda sekaligus menjadikan ruangan yang kecil menjadi lebih segar dan menenangkan fikiran.

Sekiranya tidak ada ruang di lantai, pilih tanaman gantung.

6. Langsir

Pasang langsir beberapa inci di bawah syiling dan bukannya tepat di atas bingkai tingkap. Ini akan menjadikan tingkap kelihatan lebih tinggi.

Anda juga boleh memilih langsir dengan corak menegak bagi menjadikan syiling rendah terasa lebih tinggi.

Artikel ini telah diterbitkan di kaodim.com, salah satu platfom perkhidmatan tempatan yang sedang berkembang maju di Asia Tenggara. Kaodim menghubungkan pengguna kepada penyedia perkhidmatan tempatan persendirian dan profesional – dengan pantas dan bebas gangguan. Dengan aplikasi Kaodim, pengguna boleh mengakses kepada perkhidmatan profesional untuk pengubahsuaian rumah, pembersihan pejabat dan banyak lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com