Ikuti empat langkah semak Wang Tidak Dituntut

Ramai yang tahu tentang isu Wang Tidak Dituntut yang diserahkan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), namun tidak tahu bagaimana cara menuntutnya.

Perkara ini telahpun diumumkan kerajaan pada hujung 2019 untuk meminta masyarakat menuntut wang tersebut.

Menurut JANM, Wang Tidak Dituntut ini merupakan wang yang perlu dibayar kepada tuan punya badan tetapi tidak dibayar dalam tempoh tidak kurang satu tahun seperti gaji, bonus, komisen, serta tuntutan insurans yang telah diluluskan.

Kini keadaannya lebih mudah di mana anda tidak perlu hadir ke pejabat akauntan negeri untuk membuat semakan, sebaliknya ia boleh dilakukan dalam atas talian sahaja.

Sebuah laman sesawang khas untuk WTD kini disediakan pihak kerajaan bagi memudahkan urusan anda.

Caranya :

Langkah 1: Layari https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2: Mendaftar sebagai pengguna di portal eGumis. Kemudian masukkan info yang dikehendaki seperti dalam gambar ke dua dan buka email untuk sahkan link yang diberi.

Langkah 3: Log Masuk masukkan maklumat yang dikehendaki seperti dalam gambar.

Langkah 4: Masukkan nombor kad pengenalan individu yang ingin disemak.

Bagi anda yang ingin mencuba, hanya dua semakan sahaja dibenarkan dalam masa sehari.

Jika semakan mendapati anda mempunyai WTD, anda perlulah memuat turun borang tuntutan atau boleh terus ke pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi langkah seterusnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com