IBU bapa dan penjaga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga dinasihatkan supaya tidak merasa bimbang untuk menghantar anak kembali ke sekolah setelah lapan hari ditutup berikutan seorang guru wanita di situ positif Covid-19.
Wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah yang enggan dikenali berkata sekolah berkenaan telah pun menjalani proses sanitasi sebanyak dua kali sepanjang sekolah itu ditutup.