Kartel monopoli ratusan tender kerajaan, SPRM tahan 7 suspek

SPRM menahan tujuh suspek berkait sebuah kartel yang mengawal lebih 150 syarikat dan menggunakannya untuk mengemukakan tender di kementerian dan agensi kerajaan.

PETALING JAYA: Sebuah kartel mengendalikan lebih 150 syarikat yang memonopoli projek kerajaan bernilai RM3.6 bilion berjaya ditumpaskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan tangkapan tujuh orang suspek.

Menurut sumber, tujuh suspek itu, termasuk seorang berusia 47 tahun yang mengetuai sindiket terbabit.

“Ketua sindiket tersebut mengawal lebih 150 buah syarikat yang digunakan untuk memasuki tender/sebut harga di kementerian dan agensi yang terlibat. Beliau dikatakan menggajikan individu-individu sebagai pengarah syarikat.

“Sindiket ini telah beroperasi sejak tahun 2014 hingga sekarang dengan nilai projek sebanyak RM3.8 billion,” kata sumber.

BERITA LANJUT MENYUSUL