Pelik dan menghairankan tapi itulah yang dikesan sejak beberapa hari ini apabila beberapa pengkritik kerajaan China dan Presidennya Xi Jinping berhubung Covid-19 hilang secara misteri.
Kehilangan mereka dikesan selepas lantang bersuara mengutuk cara kerajaan China menangani Covid-19.
Menurut laporan Daily Star, ia bermula apabila awal bulan ini terdapat laporan berhubung maklumat bocor yang didedahkan dalam sebuah laman web mendakwa lebih 24,000 maut akibat virus itu.
Dan sejak itu China dikritik kerana gagal menangani wabak itu dengan efisien.
Salah seorang pemberi maklumat itu ditahan bulan lalu selepas dia mendedahkan suasana ngeri di sebuah hospital di Wuhan.
Jin Yan mengkritik pemimpin negara itu, Xi Jinping dalam satu video yang dimuatnaiknya di Weibo, awal bulan ini.
Namun video itu sudah dipadamkan dan namanya tidak lagi muncul dalam mana-mana media sosial.
Jin juga tidak lagi kelihatan selepas dia mengkritik kerajaan China.
Dalam pada itu, seorang wartawan dikenali sebagai Chen Qiushi yang aktif memuatnaik video dan perkembangan terkini berhubung wabak itu juga tidak lagi kelihatan di kaca TV.
Lelaki berusia 34 tahun itu hilang lebih dua minggu selepas terputus hubungan dengan rakan-rakannya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com