
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Putrajaya menubuhkan dana pusingan RM10 bilion untuk membantu pekerja B40 dan M40 dalam pakej rangsangan ekonomi bagi menangani impak wabak Covid-19.
Setiausaha Agung J Solomon mencadangkan dana itu digunakan untuk menawarkan pinjaman sehingga RM20,000 pada kadar faedah khas 2.5% setahun kepada pekerja, dengan pembayaran balik dibuat menerusi potongan gaji bagi mengurangkan risiko pemungkir.
“Wang itu akan membantu pekerja menampung keperluan dan perbelanjaan apabila pendapatan mereka berkurangan kerana langkah-langkah pengurangan kos oleh majikan,” katanya dalam kenyataan.
Solomon berkata keperluan kumpulan-kumpulan pekerja ini – yang dibayar gaji rendah dan mengalami kos hidup yang tinggi – kebanyakannya “tidak dipedulikan” dalam pakej rangsangan dulu.

Wabak Covid-19 katanya akan lebih memberi kesan pada kehidupan pekerja kerana MTUC menjangkakan majikan akan mengambil langkah-langkah mengurang kos, termasuk membekukan kerja lebih masa dan mengurangkan bonus.
Gaji pekerja mungkin dipotong dan ini menyebabkan mereka berdepan kesukaran membayar pinjaman bulanan, kata Solomon.
Beliau berkata pinjaman mudah akan banyak membantu meringankan beban kewnagan pekerja B40 dan M40.
Boleh mencadangkan kerajaan mendapatkan dana yang diperlukan untuk skim ini daripada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan bank.
GLC dan institusi kewangan mesti ke depan untuk membantu usaha kerajaan membantu golongan pekerja yang bergaji rendah kerana mereka paling terdedah dalam kemerosotan ekonomi, dan menambah mereka juga boleh diberhentikan kerja.
Solomon berkata MTUC akan menyerahkan cadangan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk pertimbangan mereka hari ini.
MTUC juga mencadangkan kerajaan memastikan proses permohonan pinjaman mudah, senang dan tersedia tanpa cagaran.
“Mereka perlu pakej rangsangan tersendiri untuk menangani impak ekonomi akibat wabak virus Covid-19 dalam bulan-bulan mendatang.”
Kerajaan akan mengumumkan pakej rangsangan pada 27 Feb.