Pejabat PM Britain nafi dakwaan raba paha wartawan wanita

Wartawan Sunday Times, Charlotte Edwardes mendakwa pada majlis makan tengah hari swasta pada 1999, Boris Johnson ketika itu editor, meraba kakinya di bawah meja. (Gambar AFP)

LONDON: Hari pertama Boris Johnson pada persidangan parti Konservatif sebagai perdana menteri dibayangi dakwaan salah laku seksual, tetapi Downing Street menafikan dengan keatas tuduhan perdana menteri itu pernah meraba wartawan wanita dua dekad lalu.

Selepas beberapa hari heboh mengenai hubungannya dengan usahawan teknologi Amerika Syarikat (AS), Jennifer Arcuri, yang syarikatnya menerima geran awam, kali ini Johnson dituduh menyentuh paha dua wanita pada majlis makan tengah hari ketika beliau merupakan editor majalah Spectator.

Wartawan Sunday Times, Charlotte Edwardes mendakwa pada majlis makan tengah hari swasta pada 1999, Johnson meraba kakinya di bawah meja.

Dia juga mendakwa Johson melakukan perkara yang sama ke atas wanita lain pada majlis yang sama.

Downing Street pada mulanya enggan mengulas isu itu semalam tetapi selepas beberapa menteri kanan bertanya mengenai insiden tersebut, seorang jurucakap pejabat perdana menteri berkata: “Tuduhan itu tidak benar.”

Sumber berkata Johnson meletakkan tangannya pada lutut Edward.
Perdana menteri dikatakan marah atas tuntutan itu, di mana secara perinadi menggambarkan sebagai “mengarut” dan “omong kosong”.

Menerusi Twitter pada malam Ahad, Edwardes menulis: “Jika perdana menteri tidak mengingati kejadian itu, maka jelas saya mempunyai ingatan lebih baik banding beliau.”

Matt Hancock, setiausaha kesihatan, yang menentang Johnson dalam persaingan merebut kepimpinan parti, pada mulanya dikritik kerana mencadangkan isu berkaitan dengan kehidupan peribadi Johnson. Johnson “tidak pernah mengajar orang tentang kehidupan peribadi mereka,” katanya.

Dipetik laporan The Guardian, Hancock kemudian memberitahu Channel 4 News: “Saya kenal beliau dan saya tahu beliau boleh dipercayai.”

Amber Rudd kemudian menulis di Twitter: “Saya bersetuju dengan @MattHancock.”

Johnson berharap dapat menggunakan persidangan minggu ini di Manchester untuk memacu slogan “Get Brexit Done”, dan menyerlahkan beberapa pengumuman dasar domestik, termasuk NHS, undang-undang dan peraturan dan sekolah.

Malangnya beliau dihimpit tuduhan tingkah laku peribadi sejak beliau melancarkan kempen kepimpinan Tory awal tahun ini.

Jun lalu, The Guardian mendedahkan polis telah dipanggil untuk menyiasat isu flat London yang beliau berkongsi dengan rakannya Carrie Symonds. Symonds mengiringi beliau ke persidangan parti di Manchester.

Laporan itu juga menyebut, ahli parlimen Tory Rachel Maclean, yang juga bertanggungjawab kepada Wanita Konservatif di Parlimen, berkata beliau bangga berkhidmat di bawah perdana menteri feminis.

Dalam, pada itu, bekas setiausaha pertahanan, Penny Mordaunt berkata Johnson “mempunyai gaya Frank Spencer di sebuah kedai china tetapi dia adalah orang yang baik dan saya fikir dia peduli wanita dan kanak-kanak perempuan”.

Ditanya sama ada Johnson perlu menjawab tuduhan tersebut, Nicky Morgan, setiausaha budaya dan bekas menteri wanita, berkata: “Ini bukan sesuatu yang saya tahu. Saya pasti pengamal media perlu mengemukakan soalan kepada perdana menteri.”

Pemimpin Liberal Demokrat Jo Swinson berkata: “Boris Johnson mungkin tidak ingat kejadian ini, kerana lelaki seperti beliau tidak akan mengingati (isu) gangguan seksual dan salah guna kuasa.

“Kuasa dan keistimewaan sekitar Boris Johnson sepanjang hidupnya bermakna beliau telah mengelak dari menghadapi akibat perbuatannya.”