Pelik… Rakyat Iraq kurang bekalan makanan tapi ‘Mufti ISIS’ terlalu gemuk

Disebabkan terlalu berat, seorang lelaki yang digelar “mufti ISIS” yang ditahan di Iraq terpaksa diangkut menggunakan trak.

Shifa al-Nima ditahan di Mosul oleh pihak berkuasa Iraq selepas dipercayai bersembunyi di situ.

Digelar “Jabba the Hutt” kerana mempunyai rupa seumpama watak filem Star Wars itu, dia dikatakan sering mengeluarkan fatwa yang menyebabkan beberapa ulamak ditahan selain pemusnahan beberapa kubur lama di bandar berkenaan.

Al-Nima yang mempunyai berat mencecah 136 kilogram itu dikatakan antara pemimpin ISIS yang dihormati.

Seorang tentera Britain yang berjuang menentang ISIS di Syria, Macer Gifford melalui hantaran di Twitter berkata, : “Saya gembira Jabba the Hut ISIS berjaya ditangkap. Dia bertanggungjawab terhadap penahanan lelaki, wanita dan kanak-kanak. Dia juga pernah merogol dan membunuh.”

Dalam pada itu ada juga di kalangan netizen mempersoalkan bagaimana dia boleh berkembang menjadi saiz yang begitu besar, sedangkan penduduk disana kekurangan bekalan makanan.

Malah ada netizen juga menyindir, “Tidak mungkin dia berpuasa pada bulan Ramadan.”

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com