GEORGE TOWN: Seorang pemandu terbunuh selepas sebatang pokok angsana gergasi tumbang ketika hujan lebat dan menghempap bumbung kenderaan mangsa di Jalan Perak awal pagi tadi.
Polis menerima panggilan pada kira-kira jam 9.40 pagi, dan video kejadian itu yang menunjukkan usaha orang ramai ketika cuba membebaskan mangsa tersebut.
Laporan awal menyebut terdapat sekurang-kurangnya dua individu di dalam kereta itu, dan penyelamat berkata mereka tidak dapat mengesahkannya kerana batang pokok itu tumbang secara menyerong di atas kenderaan, terutama di tempat duduk depan.
Anggota pasukan bomba dan penyelamat kemudian mengesahkan hanya seorang mangsa terbabit – pemandu berusia 35 tahun.
Pokok yang tumbang itu mengakibatkan lalu lintas di jalan yang sibuk menuju ke Jalan Van Praagh dan Jalan Lenggong terhenti.