PN cadang KWSP bersasar bantu golongan sangat memerlukan

PERIKATAN Nasional (PN) menggesa kerajaan membenarkan pengeluaran bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada golongan yang memerlukan dengan mencari satu mekanisme yang sesuai.

Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin berkata ini bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja sahaja yang dapat mengeluarkan caruman itu demi meneruskan kelangsungan hidup.