Presiden China bincang soal 'kemerdekaan' Asia dengan PM Malaysia, Singapura

CHINA bersedia bekerjasama dengan Malaysia untuk mempromosi tamadun Asia, menegakkan kemerdekaan strategik dan dengan tegas menolak mentaliti Perang Dingin dan konfrontasi blok, kata Presiden China Xi Jinping.

Xi berkongsi perkara ini dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Jumaat selepas menghadiri Forum Boao untuk Asia di wilayah pulau Hainan,  menurut jurucakap Kementerian Luar China Hua Chunying.