PAKATAN Harapan (PH) Pulau Pinang dijangka mengadakan mesyuarat dalaman pada 2 April ini sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.
Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata mesyuarat tersebut dijadual dihadiri semua pemimpin parti gabungan PH bagi membincangkan kerjasama sebelum rundingan diadakan dengan Barisan Nasional (BN) negeri itu.