Rasai hidangan India utara di Rolling Rolls

Bukan semua orang mempunyai keyakinan yang tinggi, apatah lagi dalam memperagakan sesuatu fesyen di khalayak ramai.

Bimbang dipandang serong atau dikecam netizen, maka hanya orang tertentu sahaja berani menggayakannya.

Namun bagi pemilik restoran Rolling Rolls, Anil Bajaj memperagakan fesyen berbeza setiap hari walaupun hanya bergaya di restorannya sahaja.

Mempercayai gaya tersebut mampu menarik perhatian pengunjung, Anil yang merupakan seorang India tulen berasal dari Mumbai bersama isterinya dari Malaysia, Jayanti membuat keputusan membuka sebuah restoran sejak 4 tahun lalu setelah beralih arah dalam bidang pemasaran selama 34 tahun lamannya.

Berpegang pada keyakinan diri, Anil menampilkan kelainan citarasa India utara, menjadikan bahan asas krim, yoghurt dan mentega dan digabungkan dengan citarasa Asia.

Katanya, ia sekaligus memberi kelainan kepada Rolling Rolls berbanding restoran lain di mana hidangan roti pita kurang kalori menjadi keistimewaan, juga dipenuhi dengan pelbagai daging serta sayuran berkhasiat.

Inilah yang rakyat Malaysia inginkan, makanan lazat, unik dan sihat akhirnya membawa kepada pembukaan restoran Rolling Rolls di Mont Kiara.

Ia terletak bersebelahan dengan Gro Grocer di Verve Suites, kedainya tidak melambangkan kemewahan, namun cukup selesa jika anda bersama rakan memilih Rolling Rolls untuk berkumpul bagi tujuan sarapan, makan tengah hari atau makan malam.

Sebaik sahaja anda sampai di sini, jadikan Lhassi sebagai pembuka selera anda, satu minuman “signature” masyarakat India, yang dipenuhi dengan krim dan yogurt, bagus untuk kesihatan anda dan ia sangat menyegarkan!

Beralih kepada menu pertama iaitu ayam tandoori, rasai kelembutannya pada setiap gigitan dan anda akan rasai perbezaannya dengan ayam tandoori di restoran lain.

Jika anda makan, anda pasti akan mempunyai sedikit rasa “tamak” kerana tidak mahu berkongsi dengan sesiapa dan ingin merasai keenakan seluruhnya sehingga gigitan terakhir!

Jangan risau tentang harga kerana ia sangat berpatutan dan tidak mahal seperti yang anda jangkakan.

Ini kelainannya, ikan tandoori kakar, sama seperti ikan bakar yang dimakan bersama hirisan bawang merah dan perahan air lemon membuatkan rasanya cukup lengkap.

Ia dicicah bersama daun pudina dan beberapa campuran lain yang dihancurkan bersama, membuatkan rasa ikan bakar itu sungguh menyelerakan.

Bagi peminat roti canai, rasai lachha parata yang dimakan bersama kari pedas atau dhal.

Hanya gulungkannya dan celupkan ke dalam kuah tersebut, atau curahkan kuah dhal atau kari tersebut ke atas parata itu, rasanya cukup enak dan sempurna!

Di dalamnya mempunyai kepingan hirisan ayam di antara 2 keping parata itu, pasti membuatkan anda kenyang dan berbaloi makan di Rolling Rolls.

Rolling Rolls’ Chicken Briyani comes served with perfectly-cooked chicken and savoury rice.

Sediakan ruang dalam perut anda untuk merasai pula satu lagi hidangan Rolling Rolls, iaitu aloo parata.

Dibuat daripada kentang, ia adalah hidangan ruji di banyak bahagian India utara yang patut anda mencubanya.

Satu lagi hidangan menarik, iaitu raj kachori, iaitu makanan berkhasiat dan dilihat cara pembuatannya agak rumit.

Ini kerana bahan dan ramuannya digabungkan bersama kentang, potongan bawang, serta krim dan yoghurt yang digaul bersama dalam satu hidangan.

Ia sukar ditemui di Malaysia, namun anda boleh mendapatkannya di Rolling Rolls.

Beralih kepada beriyani ayam Rolling Rolls, menu ini adalah sama dengan restoran India lain kerana sudah pasti ia tidak lengkap jika tanpa menu yang menjadi “signature” pada masyarakat India.

Satu lagi hidangan yang tidak patut anda lepaskan peluang adalah pizza yang disaluti dengan keju yang banyak, hirisan bawang, ayam tandoori yang boleh dimakan bersama 4 rakan.

Ia mempunyai “rahsia” pada keunikan pizza ini yang patut anda mencubanya sebaik sahaja singgah ke Rolling Rolls.

Namun bagi anda yang ingin merasai menu di Rolling Rolls namun tidak sempat untuk berkunjung, jangan risau kerana anda boleh menempah hanya menggunakan servis Foodpanda atau GrabFood!

Menjelaskan tentang semua menu ini, Jayanti yang merupakan tukang masak Rolling Rolls berkata yang dia bukanlah seorang chef terkemuka, namun resepi yang ada di restoran itu adalah ciptaan sendiri dan mendapat sambutan menggalakkan.

“Saya bukan tukang masak profesional, tetapi saya tukang masak rumah, cuma saya cuba buat yang terbaik demi kepuasan hati pelanggan dan ia sangat memuaskan setakat ini, ” katanya kepada FMT.

Jayanti dalam masa yang sama turut menekankan setiap barangan yang digunakan adalah bersih dan dijamin halal, kerana pihaknya sangat menjaga sensitiviti orang Islam.

Rolling Rolls,
8, Jalan Kiara 5,
Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur,
WP Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 10 pagi-10 malam setiap hari

Hubungi: 016-6304999/012-6304997/017-3754427

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com