
KUALA LUMPUR: Saham syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia dan AirAsiaX merosot pada awal dagangan hari ini selepas Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan itu, Tony Fernandes dan Pengerusinya, Kamarudin Meranun mengumumkan pengunduran selama 2 bulan.
Semalam, Fernandes dan Kamarudin mengumumkan mereka akan berundur ketika pihak berkuasa menyiasat dakwaan Airbus membayar rasuah AS$50 juta untuk mendapatkan kontrak pembelian pesawat dari AirAsia.
Saham kumpulan AirAsia merosot 5% ketika dagangan di Kuala Lumpur dibuka hari ini, manakala saham AirAsiaX mencatat kerugian 8%.