Tangkapan ingkar PKP naik 51%.

PUTRAJAYA: Tangkapan kerana ingkar perintah kawalan pergerakan meningkat 51% semalam, selepas trend menunjukkan penurunan selama 4 hari berturut-turut.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri berkata, sebanyak 554 tangkapan semalam berbanding 348 tangkapan pada hari sebelumnya.

Beliau dimaklumkan peningkatan itu dipercayai kerana rakyat keluar beramai-ramai pada hari minggu.

“Tolong jangan ambil kesempatan keluar beramai-ramai,” katanya selepas mesyuarat harian Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.