Tip basuh kereta agar cat kereta tidak pudar, rosak

Mencuci kereta menjadi satu kewajipan kepada sesiapa sahaja yang memiliki kereta.

Tidak kiralah sama ada basuh sendiri atau di kedai bagi mereka yang tidak mahu bersusah payah.

Tapi sebenarnya mencuci kereta sendiri boleh menjadi aktiviti yang menyihatkan kerana dalam masa yang sama anda akan berpeluh kerana tenaga mencuci itu seperti bersenam.

Mungkin pagi hujung minggu anda boleh dihabiskan masa dengan mencuci kereta. Paling lama anda hanya akan menghabiskan masa kira-kira 45 minit.

Mencuci kereta juga boleh jadi terapi minda yang sangat baik.

Tapi anda perlu beringat jangan basuh kereta sembarangan!

Jika tak kena cara habis cat kereta anda rosak.

Ikuti tip basuh kereta dengan baik di bawah!

Langkah pertama

Untuk basuh kereta pastinya anda memerlukan sabun atau bahan pencuci. Anda boleh gunakan apa sahaja jenis sabun basuh jereta yang ada dijual di pasaran.

Namun, jangan sesekali anda menggunakan sabun pencuci pinggan!

Ini kerana sabun pencuci punggan mempunyai sifat menghakis yang sangat kuat dan boleh sebabkan warna cat kereta cepat pudar.

Mulakan basuh kereta bermula daripada atas ke bawah untuk memudahkan kerja membasuh.

Siram dahulu kereta dengan air sebelum mulakan basuhan dengan sabun.

Langkah kedua

Gunakan kain atau span mikrofiber untuk mencuci kereta anda.

Gosok secara lembut kain yang dicelup dengan sabun di bahagian bumbung, depan, belakang, cermin dan sisi kereta.

Menggunakan kain mikrofiber ada banyak kelebihannya antaranya ia menghasilkan cas negatif apabila digosok pada kereta.

Ini memudahkan kotoran degil untuk tanggal dengan mudah.

Langkah tiga

Basuh kereta anda dengan gunakan sistem dua baldi.

Maksudnya satu baldi digunakan untuk sabun manakala satu baldi lagi mengandungi air yang digunakan untuk membilas kain atau span yang digunakan untuk menyental kotoran.

Langkah keempat

Bilas dahulu keseluruhan kereta sebelum anda mula membersihkan rim dan tayar.

Anda perlu ingat bahawa air sabun yang berada di badan kereta perlu dibilas secepat mungkin bagi mengelakkan kesan kotoran melekat semula pada kereta.

Langah kelima

Bersihkan rim dan tayar dengan menggunakan berus tayar.

Gosokkan sekali pada bahagian dalam rim yang biasanya ada kesan hitam disebabkan disk brake.

Elak guna bahan kimia berwarna merah yang biasa digunakan untuk membersihkan enjin kereta kerana ia boleh menyebabkan rim cepat pudar.

Langkah keenam

Proses seterusnya ialah proses mengeringkan.

Basahkan sedikit kain mikrofiber kedua sebelum mula lap kereta.

Dan gunakan kain mikrofiber ketiga yang kering untuk lap bahagian yang hampir kering. Ini adalah kaedah lap basah dan lap kering.

Langkah ketujuh

Jangan lupa untuk lap juga bahagian celah pintu dan panel kereta.

Gunakan kain mikrofiber kering untuk mengeringkan kawasan tersebut.

Untuk cermin pula anda dinasihatkan untuk guna kain yang baru dan gunakan cecair pencuci cermin yang khusus.

Langkah kelapan

Selepas selesai membersihkan kereta pada bahagian luar anda boleh mula beri perhatian pada bahagian dalam pula.

Gunakan vakum untuk menyedit segala kotoran pada bahagian kusyen, tempat letak kaki dan papan pemuka.

Selamat mencuba!

Sumber: maskulin.com.my

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com