FLORIDA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini memberitahu beliau tidak mahu, atau menjangkakan, berlaku peperangan dengan Iran, selepas beliau semalam mengancam untuk bertindak balas susulan tunjuk perasaan ganas di kedutaan AS di Baghdad oleh militan yang disokong Iran.
Ditanya mengenai kemungkinan ketegangan itu membawa kepada peperangan dengan Iran, Trump memberitahu pemberita di kelab Mar-a-Lago: “Adakah saya mahu? Tidak. Saya mahu kedamaian. Saya suka damai. Dan Iran sepatutnya inginkan kedamaian lebih daripada sesiapa pun. Jadi saya tidak nampak itu berlaku.”