BERMULA esok hingga 31 Mei tahun depan kanak-kanak berusia empat dan lima tahun boleh mendapatkan imunisasi pneumokokal secara percuma di semua fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesihatan (KKM).
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata ia adalah program perluasan pemberian imunisasi pneumokokal iaitu sebelum ini, kanak-kanak yang lahir pada 2018 dan 2019 tidak termasuk dalam kumpulan sasaran pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan.