Mahkamah keluar waran tangkap ke atas bekas ketua perisik

Hasanah Abdul Hamid ialah bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid selepas beliau gagal menghadiri prosiding kes hari ini.

Oktober lalu, Hasanah didakwa melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan antara 30 April dan 9 Mei 2018.

Ketika jenayah itu didakwa dilakukannya, beliau ialah ketua pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri.

Berita lanjut menyusul.