Ringgit teruskan penurunan selepas satu lagi petunjuk inflasi AS tinggi

RINGGIT meneruskan penurunan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari ketiga berturut-turut pada hari ini selepas satu lagi laporan inflasi AS yang mengatasi purata jangka masa panjang sekali gus mengesahkan kemungkinan laluan kadar faedah yang lebih tinggi untuk tempoh lebih panjang.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.4310/4345 berbanding dolar AS daripada 4.4020/4060 ketika ditutup pada Khamis.