India didakwa tahan 144 kanak-kanak termasuk usia 9 tahun di Kashmir

Anggota polis India membuat rondaan di Srinagar selepas New Delhi membatalkan status autonomi khusus untuk Kashmir pada 20 Ogos lalu. (Gambar Reuters)

NEW DELHI: Polis di Kashmir yang dikawal India telah menahan 144 kanak-kanak, termasuk berusia sembilan tahun, sejak awal Ogos lalu apabila kerajaan membatalkan status khas wilayah yang menjadi pertikaian itu dan mengenakan perintah berkurung, menurut laporan jawatankuasa dilantik mahkamah.

Bagaimanapun kesemua yang ditahan dan diserahkan kepada balai polis telah dibebaskan hari yang sama, polis memberitahu Jawatankuasa Keadilan Juvana dianggotai empat anggota, yang telah diminta oleh Mahkamah Agung India untuk melihat tuduhan penahanan kanak-kanak selepas petisyen difailkan oleh dua aktivis bulan lepas.

Sehingga 25 Sept, hanya dua kanak-kanak, kedua-duanya berumur 17 tahun, dihantar ke pusat juvana, kata laporan jawatankuasa itu, yang disemak oleh Reuters pada Selasa.

Kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi telah mengekalkan kawalan di Jammu dan Kashmir – satu-satunya wilayah majoriti Muslim di India, yang turut dituntut oleh Pakistan – sejak Ogos, mengerahkan ribuan tentera, menyekat pergerakan dan komunikasi.

Pihak berkuasa tempatan juga menahan ribuan orang, termasuk ahli politik, pemimpin kumpulan pemisah, dan ketua masyarakat lain bagi menghalang protes susulan keputusan membatalkan kuasa autonomi Kashmir.

Penahanan kanak-kanak merangkumi seluruh lembah Kashmir, dari Sopore di utara sehingga daerah selatan Shopian, dengan jumlah besar dari bandar utama Srinagar, menurut laporan jawatankuasa keadilan.

Sesetengah kanak-kanak disenaraikan sebagai mereka dikenakan penahanan pencegahan, sementara yang lain telah ditahan berhubung pelbagai kesalahan jenayah, termasuk mengganggu ketenteraman awam.

Antaranya Sahil Ahmad Sheikh yang berusia sembilan tahun dari kawasan Batamaloo, Srinagar, yang telah menyaksikan pertembungan antara penduduk tempatan dan pasukan keselamatan, yang ditahan pada 8 Ogos dan dibebaskan pada hari sama, menurut data polis yang disertakan dalam laporan itu.

Sama seperti Sahil Ahmad, kebanyakan mereka yang ditahan polis dibebaskan pada hari yang sama, kecuali 17 kanak-kanak yang menghabiskan masa lebih lama, sehingga 24 hari dalam satu kes.

Dalam satu surat kepada jawatankuasa dimasukkan dalam laporan itu, ketua polis Kashmir berkata tuduhan penahanan kanak-kanak tidak sah tiada merit, tetapi kanak-kanak yang melanggar undang-undang telah “ditangani dengan tegas”.

Gajah Pygmy maut ditembak mesingan semi automatik, kata menteri Sabah

Gajah Pygmy ditemui mati berhampiran tebing Sungai Udin di Dumpas, Kalabakan, pada 26 September lalu.

TARAKAN: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Christina Liew berkata pembunuh menggunakan mesingan semi automatik untuk menembak gajah Pygmy yang ditemui mati di Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan, pada Khamis lalu.

“Berdasarkan peluru yang dijumpai di badan gajah itu dengan 70 kesan tembakan, senjata api digunakan pembunuh adalah mesingan semi automatik,” katanya yang mengikuti lawatan kerja Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal ke Tarakan, Kalimantan Utara, Indonesia kepada wartawan Malaysia, malam tadi.

Gajah itu ditemui mati oleh pemancing dalam keadaan terduduk di sungai itu pada Khamis lalu.

Liew yang juga timbalan ketua menteri Sabah berkata, Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah mendapatkan bantuan polis untuk menjejaki pembunuh gajah itu.

Katanya, pegawai JHL sudah mengadakan mesyuarat dengan polis semalam dalam usaha memburu individu yang terlibat membunuh gajah itu dengan kejam.

“Pembunuh gajah ini dianggarkan membabitkan empat orang. Ia perbuatan jahat…sepatutnya hargai hidupan liar, bukan bunuh. Saya berharap renjer JHL dan polis dapat tangkap mereka yang terlibat secepat mungkin.”

Liew sedih kerana hanya terdapat kira-kira 1,500 ekor gajah di Sabah, tetapi ada pihak masih membunuh gajah dengan kejam.

Beliau berharap pembunuh itu dapat ditangkap dan didakwa kerana gajah ialah hidupan liar dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual 1 Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997.

Katanya, biarpun tidak berada di Sabah, beliau sentiasa berhubung dengan Pengarah JHL, Augustine Tuuga untuk mendapatkan perkembangan terkini.

Beliau berharap ada pihak tampil memberi maklumat bagi membantu usaha menjejaki individu terlibat, terutamanya selepas ganjaran dinaikkan kepada RM30,000 kepada pemberi maklumat.

Beliau turut menolak kemungkinan kejadian itu membabitkan sindiket.

Patriot: Disclose LTAT irregularities


Defence Minister Mohamad Sabu said on Monday he may lodge a police report to facilitate alleged wrongdoings by LTAT officers. — Reuters pic
Defence Minister Mohamad Sabu said on Monday he may lodge a police report to facilitate alleged wrongdoings by LTAT officers. — Reuters pic

KUALA LUMPUR, Oct 2 — All irregularities discovered in an audit on the Armed Forces Fund Board (LTAT) should be made public to restore the confidence of depositors and investors, said the Patriot group.

Patriot chairman Datuk Mohamed Arshad Raji also said those discovered to be abusing their powers should be prosecuted.

“Patriot urges that all irregularities as discovered by the auditor be made known publicly so that depositors and investors may regain confidence in LTAT.

“Should there be abuse or conflict of interest in the financial management by any member of the previous board, then appropriate charges be pressed on the offender(s),” he said in a statement today.

Mohamed Arshad, who is a retired army brigadier-general, also wants all quarters to stop speculating about and politicising the matter until a final report is released.

Yesterday, LTAT announced a dividend rate of 2 per cent for this year, compared to the 6 per cent it had paid over the past decades after saying irregularities were discovered in an audit of its accounts.

Although it did not outright lay the blame on its previous chief executive, the statement did mention that the irregularities and weaknesses took place when LTAT was under the leadership of Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin who stepped down on September 7, 2018.

Defence Minister Mohamad Sabu said on Monday he may lodge a police report to facilitate alleged wrongdoings by LTAT officers.

He said the drastic drop in LTAT dividends for the 2018 financial year was the result of irregularities of previous years’ accounts by the management.

He also promised to table the financial irregularities in Parliament when it reconvenes this month.

CM assures Sarawak that big-ticket pledges will get delivered


Abang Johari said allocations were set aside before the projects including bridges, roads and water treatment plants were announced. — Bernama pic
Abang Johari said allocations were set aside before the projects including bridges, roads and water treatment plants were announced. — Bernama pic

MUKAH, Oct 2 — Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Openg stressed that his announcements of high impact projects costing millions are not empty promises but ones that can be fulfilled.

He said allocations were set aside before the projects including bridges, roads and water treatment plants were announced.

“Don’t worry, we have the money for these projects and that is why I make the announcements,” he said at a meet-the-people session here last night.

“If you see what people have posted on social media, you would read all sorts of claims and allegations, asking if the state GPS (Gabungan Parti Sarawak) government has the money for the big projects or whether we are mere telling lies to the people.

“If we don’t have the money, then I will not be making the announcements,” Abang Johari said, adding that the state government has various sources of income, including the 5 per cent sales tax imposed on the export of petroleum and petroleum products.

He said the state government is expected to receive over RM3 billion from the sales tax this year.

The chief minister said he will chair the state development coordination committee later today to analyse reports and feedback on the status of high impact projects launched by the state government over the last two years

“Sometimes, if we don’t go to the ground we don’t know what are happening to these projects,” he said, adding the meeting will be attended by state ministers, State Secretary Datuk Jaul Samion, his three deputies and directors of state departments and agencies.

He said yesterday he visited many projects in Mukah that he announced and were now under construction, including the upgrading of the water treatment plant.

“When I see all the projects that have approved in Sarawak over the last two years, which are now being constructed on schedule, we will not hesitate to increase the allocations for more projects with high impact under the 12th Malaysia Plan, beginning next year,” he said.

China celebrates 70th year as HK seethes

PRESIDENT Xi Jinping today declared that “no force” can shake China as he oversaw a huge military parade to celebrate 70 years of Communist Party rule, shadowed by protests in seething Hong Kong that threatened to steal the spotlight.

Some 15,000 troops along with tanks, missiles and high-tech drones paraded down the Avenue of Eternal Peace as Xi and other Communist Party leaders watched from a rostrum overlooking Beijing’s Tiananmen Square.

Business conditions in manufacturing remain challenging

BUSINESS conditions in Malaysia’s manufacturing sector remained challenging in September despite the four-month high purchasing managers’ index (PMI) of 47.9 last month versus the 47.4 recorded in August.

At the current level, the PMI is broadly indicative of annual gross domestic product growth of between 4.5% and 5%, according to historical comparisons, IHS Markit Ltd said in a statement today.

Pengaruh kepentingan politik terhadap pembinaan kampus universiti

Apabila kerajaan Pakatan Harapan mula mentadbir negara, antara perhatiannya adalah menyusun semula kewangan negara. Antara asasnya ialah pembersihan dalam menguruskan kewangan negara supaya dapat mengelak penyelewengan, ketirisan dan pembaziran. Bukan saja hendak menjimatkan wang negara tetapi lebih tinggi lagi melakukan urus tadbir baik. Ia juga selaras dengan Manifesto PH.

Seperti menguruskan syarikat, apa yang perlu dilakukan ialah konsolidasi terhadap pentadbiran kerajaan, apa yang perlu dilakukan adalah menutup agensi yang tidak perlu, serta menggabungkan badan yang peranannya bertindan.

Maka arahan dikeluarkan kepada semua kementerian supaya mengkaji semua badan di bawahnya dan membuat perakuan yang mana patut ditutup atau digabungkan.

Oleh kerana penulis lebih hampir dengan agensi perbukuan dan komunikasi massa, maka desas-desus mengenai agensi yang berkaitan dengan industri ini diketahui dahulu.

Antara cadangan yang kedengaran ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Kota Buku hendak digabungkan kerana peranan mereka bertindan. Begitu juga ada desas-desus Radio Televisyen Malaysia (RTM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Jabatan Penerangan digabungkan.

Tetapi semua desas-desus itu tidak berlaku kerana tentunya ia menerima bantahan bukan saja daripada kakitangan yang mungkin kehilangan jawatan tetapi juga ia pasti dijadikan isu politik oleh pihak pembangkang.

Apatah lagi jika badan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) hendak digabung atau dibahagi-bahagikan, pasti ia menjadi isu politik yang besar. Begitu juga jika ada cadangan untuk menggabungkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) beserta Radio Ikim ke dalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan TV Hijrah.

Maka polisi konsolidasi bukan saja sukar tetapi dalam banyak keadaan tidak dapat dilaksanakan kerana realiti politiknya yang tidak termampu untuk kerajaan melawannya.

Konsolidasi di Kementerian Pendidikan adalah lagi penting dan lebih kompleks, terutama pengajian tinggi. Perkembangan universiti di negara ini berkembang pesat, daripada Universiti Malaya Kuala Lumpur hingga berkembang dengan memiliki lima universiti iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

Perkembangan selanjutnya begitu pesat hinggakan banyak pihak menimbulkan isu mengenai mutu lulusannya. Bukan saja universiti swasta bercambah dengan banyak tetapi institut pengajian tinggi awam bertaraf kolej universiti ditubuhkan.

Institut Teknologi Mara (ITM) menjadi Universiti Teknologi Mara (UiTM). Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) ditubuhkan dan beberapa tahun kemudian Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC) dinaikkan taraf menjadi Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (Taruc).

Setiap negeri kemudiannya mempunyai universiti. Sementara kolej-kolej universiti awam juga dinaikkan taraf. Maka Terengganu pun mempunyai dua universiti, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa).

Maka baru-baru ini Kementerian Pendidikan memutuskan supaya UMT dan UniSZa digabungkan kerana tentunya berhubung dengan proses konsolidasi sumber. Pastinya kenyataan kementerian itu menerima bantahan terutama dari tenaga pengajar. Bagi mereka yang terlibat, penggabungan tempat mereka bekerja tidak dapat diterima. Sementara bagi pihak luar, penggabungan itu sesuatu yang rasional. sementara pihak yang melihat dari sudut politik akan menimbangkannya mengikut kepentingan mereka.

Penggabungan universiti mempunyai sensitivitinya tersendiri tetapi ia lumrah berlaku di seluruh dunia. Umpamanya di Singapura, kerajaannya menggabungkan Universiti Singapura dan Universiti Nanyang untuk menjadikan Universiti Nasional Singapura.

Bukan saja penggabungan universiti menghadapi masalah. Untuk menyatukan kampus pun menerima bantahan. Contohnya apabila Universiti Tenaga Nasional (Uniten) membuat keputusan untuk menyatukan kampusnya di Bandar Muadzam dengan induknya di Bangi. Uniten sebagai universiti swasta tentu juga mahu melaksanakan konsolidasi yang akan menjimatkan kos.

Tetapi langkah Uniten juga menghadapi tentangan terutamanya dari penduduk Bandar Muadzam. Ini kerana kehadiran Uniten di Bandar Muadzam memajukan kawasan itu. Ekonomi tempatan terpacu dengan adanya para pelajar di situ. Dengan tiadanya kampus itu, ia akan menyepikan bandar itu.

Uniten hanyalah satu contoh bagaimana universiti memberikan sumbangan pada pembangunan sesuatu kawasan. Akibatnya pembinaan sesuatu universiti awam di negara ini amat berkait dengan kepentingan politik.

Walaupun Uniten bukanlah universiti awam, tetapi ia dimiliki oleh syarikat berkait kerajaan iaitu Tenaga Nasional. Sementara syarikat berkait kerajaan pula berada pada pengaruh politik.

Maka kehadiran kampus Uniten di Bandar Muadzam adalah juga akibat pengaruh politik daripada sesiapa yang ada kuasa dari kerajaan ke atas syarikat berkait kerajaan yang memilikinya. Ahli politik berkenaan tentunya mahu memajukan ekonomi kawasannya dengan membawa projek kampus universiti ke tempat yang mereka mendapat undi. Sama ada tindakan ini beretika atau tidak, itu memerlukan perbincangan lain. Tetapi apabila ahli politik itu sudah tiada, pemilik universiti merasakan kepentingan mereka menghendaki supaya kampus itu dipindahkan kepada induknya.

Tetapi jika dilihat kedudukan universiti awam, ternyata ada pengaruh kepentingan politik tempatan. Secara tradisinya, universiti terletak di bandar utama negara. UM ditubuhkan kerajaan kolonial British di Singapura, bandar utama British Malaya. Apabila ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu, maka ditubuhkan UM di Kuala Lumpur. USM adalah asalnya Universiti Pulau Pinang kerana Georgetown adalah bandar kedua utama kedua Malaya.

UTM dan UPM ialah penaikan taraf Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) dan Kolej Pertanian Serdang yang asalnya ditubuhkan oleh pentadbir kolonial. Tetapi kampus UKM dibina di Selangor adalah kerana pengaruh kuat Menteri Besar Harun Idris sebagai pemimpin Umno yang popular. Sementara kampus UTM dibina di Johor ketika Hussein Onn yang berasal dari Johor menjadi perdana menteri. Masa itu tidak timbul lagi konsep universiti awam negara berada di negeri. sebab itu UTM tidaklah bernama Universiti Johor dan Universiti Pulau Pinang ditukar nama menjadi USM. Oleh kerana pada masa universiti dinamakan menurut bidang, maka muncullah nama USM, UTM dan UPM.

Maka apabila Dr Mahathir Mohamad mahu membina universiti di Kedah, ia dinamakan Universiti Utara Malaysia (UUM), maknanya bukan saja untuk Kedah tetapi untuk negeri di utara Semenanjung. UUM menawarkan kursus-kursus pengurusan. Tetapi tidakkah lebih baik universiti yang menawarkan kursus korporat dibina di tengah-tengah kota dan bukannya berada di hutan. Tetapi kehadiran universiti menyumbang kepada pembangunan tempatan.

Bukan saja universiti, keberadaan kampus cawangan, institut, kolej malah sekolah berasrama penuh akan memacukan kawasan di mana mereka berada.

Cuba perhatikan di mana kampus universiti itu dibina dan kaitkan dengan ahli politik yang menjadi wakil rakyat di kawasan pilihan raya berkenaan. Sepanjang 60 tahun Umno memerintah, pembangunan pusat pendidikan berkait rapat dengan sokongan pengundi tempatan.

Di penghujung pentadbiran Umno, Bandar Universiti Pagoh mula didirikan ketika Muhyiddin Yassin menjadi menteri Pendidikan. Bandar itu menaikkan nilai kawasan itu dan penduduk tempatan yang merupakan pengundi beliau memperoleh manfaat daripadanya.

Apa yang beliau lakukan itu tidak salah sepanjang pentadbiran kerajaan BN kerana ia merupakan amalan dan budaya yang dapat diterima. Tetapi sama ada dalam pentadbiran PH, amalan dan budaya seumpama itu boleh diteruskan, tentunya ia akan didebatkan. Bagi penulis, pembangunan pendidikan hendaklah ditimbangkan menurut kepentingan nasional dan bukan mengikut kehendak pengundi ahli politik berkenaan yang bernasib baik memegang sesuatu potfolio berpengaruh.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Merdeka Center