Bekas pengarah FTC diperintah bela diri atas tuduhan rasuah RM1.64 juta

MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur hari ini memerintahkan bekas pengarah urusan Felcra Training & Consultancy Sdn Bhd (FTC) membela diri atas 33 pertuduhan menggunakan kedudukan dengan memberikan pelbagai kontrak termasuk pembekalan barangan kepada menantu dan anaknya berjumlah RM1.64 juta.

Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Rohaizat Ahmad, 58.

Merdeka Center