6 bermain di air terjun dipenjara, denda ponteng solat Jumaat

Air terjun Sekayu tempat perkelahan popular di Kuala Berang. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Empat dewasa dan 2 remaja di Terengganu dipenjara dan didenda kerana tidak bersolat Jumaat, selepas ditangkap di tempat perkelahan popular di air terjun Sekayu.

Setiap seorang didenda lebih RM2,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Syariah di Kuala Terengganu, lapor akhbar Harian Metro.

Laporan itu berkata kes ini mungkin kes pertama orang didenda kerana tidak solat Jumaat di Malaysia.

Muhammad Aliff Fikri A Mazzani, Muhamad Hafizi Abdul Razak, Abdul Malek Mohd dan Khairul Azle Abdul Rasid, dan 2 remaja berusia 17 tahun didakwa mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu).

Mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di air terjun Sekayu antara 1pm dan 1.50pm pada 23 Ogos.

Hakim Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof mengenakan denda RM,2500 dan penjara sebulan ke atas Khairul manakala yang lain didenda RM,2,400 dan penjara sebulan, atau hukuman tambahan 6 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Pendakwaan berkata mereka ditangkap penguatkuasa agama yang memantau kawasan itu.

Anggota terbabit mendapati ada antara tertuduh mandi dan bersantai di air terjun itu semasa waktu solat.

Merdeka Center