Bekalan vaksin mungkin tak cukup untuk Fasa 3 mula seperti dirancang, kata Khairy

Khairy Jamaluddin.

PETALING JAYA: Bekalan vaksin mungkin tidak cukup untuk memulakan Fasa 3 program vaksinasi Covid-19 pada Mei seperti dirancang.

Menteri penyelaras Khairy Jamaluddin berkata ia sebahagian besarnya bergantung pada bekalan vaksin.

“Fasa 2 berjalan dengan baik. Fasa itu sedang berjalan. Fasa 3 sepatutnya bermula pada Mei tapi saya tak tahu adakah bekalan kita mencukupi. Kita akan buat pengumuman berhubung perkara ini nanti,” katanya.

Khairy berkata program vaksinasi sukarela dengan vaksin AstraZeneca adalah istimewa dan dikategorikan bawah Fasa 4 kawalan penyakit di Kuala Lumpur dan Selangor, memandangkan penularan yang tinggi di situ.

Sementara itu, Khairy berkata setakat ini kesan sampingan yang dilaporkan daripada individu yang terlibat dalam ujian terkawal vaksin AstraZeneca hanyalah demam.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Merdeka Center