Bekas bintang bola sepak dunia main perlawanan amal di Johor

Antara bekas bintang bola sepak dunia yang dijangka datang ke Malaysia, iaitu Luis Figo, Claudio Caniggia dan Robert Pires.

PETALING JAYA: Beberapa orang bekas pemain bola sepak paling terkenal dunia, termasuk Roberto Carlos dan Bebeto akan datang ke Malaysia untuk bermain dalam satu perlawanan amal di Johor.

Dalam satu hantaran Facebok, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, perlawanan dijadualkan pada 30 Jun itu turut menampilkan nama besar lain seperti bekas bintang Real Madrid dan Portugal Luis Figo dan penyerang Argentina Claudio Caniggia

Pemain lain yang dijangka hadir adalah bintang Itali Marco Materazzi dan penyerang Peranchis Robert Pires. Kedua-dua pemain memenangi Piala Dunia untuk negara masing-masing pada 2006 dan 1998.

Perlawanan itu akan menyaksikan pasukan “Bintang Dunia 11” berdepan pilihan Johor Darul Takzim (JDT).

“Sesi bersama penyokong untuk peluang mendapatkan autograf dan bergambar turut diadakan.

“Semua hasil kutipan akan disumbangkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kanser Kebangsaan dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO),” kata Tunku Ismail.

Merdeka Center