England bakal gunakan kapal persiaran sebagai ‘hospital terapung’

England kemungkinan akan menjadi kapal persiaran sebagai ‘hospital terapung’ untuk tampung peningkatan pesakit Covid-19. (Gambar Daily Star)

“Hospital terapung” biar betul? Itulah yang akan dilakukan oleh England jika bilangan pesakit akibat Covid-19 terus meningkat.

Berdasarkan laporan Daily Star, Kapal persiaran Spirit of Discovery dan Saga Sapphire yang berlabuh di Pelabuhan Tilbury, England mempunyai kapasiti mencukupi untuk menampung ribuan pesakit Covid-19.

Malah, syarikat kapal Saga turut menawarkan kemudahan mereka untuk membantu pasukan perubatan negara itu dalam berhadapan wabak berkenaan.

Namun sehingga kini, tiada sebarang keputusan dibuat untuk menggunakan kapal sebagai pusat rawatan pesakit Covid-19.

Di London misalnya, berlaku kekurangan fasiliti termasuklah katil di Unit rawatan Rapi (ICU) ekoran pertambahan bilangan pesakit.

Malah, situasi kritikal sejak Jumaat memaksa pesakit dipindahkan ke beberapa hospital berdekatan yang lain.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

Merdeka Center