KKM alu-alukan khidmat sukarelawan kesihatan, perubatan

KKM menyeru lebih ramai sukarelawan tampil menyertai pasukan bantuan kesihatan dan perubatan Covid-19.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata pihaknya mengalu-alukan sukarelawan kesihatan dan perubatan dalam menangani wabak Covid-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata sehingga kini seramai 157 sukarelawan menyertai dan ditugaskan sebagai sukarelawan yang ditempatkan secara berperingkat untuk membantu pasukan bantuan kesihatan dan perubatan Covid-19.

“Sejumlah 1,008 orang lagi bakal menyertai pasukan perubatan di hospital, iaitu mereka yang terdiri daripada pelbagai profession perubatan.

KKM juga menyeru lebih ramai sukarelawan dapat tampil menyertai pasukan bantuan kesihatan dan perubatan COVID-19 dengan mengisi borang di laman sesawang Facebook KKM.

Sehingga kini, Malaysia mencatatkan 2,470 kes positif Covid-19 dengan 388 pesakit sembuh sepenuhnya.

Manakala jumlah kematian meningkat kepada 35 kes apabila seorang wanita tempatan berusia 57 tahun yang pernah mengunjungi Indonesia meninggal dunia petang semalam.

Merdeka Center