Komik ‘Jalur dan Jalan’: Hew, dua lagi dipanggil ke Bukit Aman hari ini

KUALA LUMPUR: Tiga individu termasuk bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman hari ini berhubung penerbitan komik yang didakwa berunsur propaganda.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi berkata Hew dan dua lagi individu akan hadir memberi keterangan petang ini.

“Dua lagi individu yang polis panggil mempunyai kaitan dengan penerbitan buku tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata polis mengambil keterangan pelukis komik bertajuk “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama” pada Jumaat lepas.

Pada 18 Okt, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin menyatakan laporan awal bahagian keselamatan kementerian mendapati terdapat perkara yang tidak betul dalam komik berkenaan, sekali gus wajar untuk tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang menerbit dan mengedarkan komik tersebut.

Baru-baru ini, media melaporkan komik itu dipercayai diedarkan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

Merdeka Center