Najib pinda perlembagaan SRC untuk kawal syarikat, kata bekas pengerusi

Bekas pengerusi SRC International, Ismee Ismail.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Najib Razak menambah klausa dalam perlembagaan SRC International Sdn Bhd dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk menjadikannya “adviser emeritus” syarikat itu.

Bekas pengerusi SRC International, Ismee Ismail berkata, pindaan itu secara tidak langsung memberi kuasa kepadanya untuk mengawal syarikat itu yang terletak di bawah Kementerian Kewangan (Diperbadankan).

Katanya, ini dimaklumkan dalam minit mesyuarat pemegang saham pada 23 April 2012 yang ditandatangani Najib.

Tetapi, lokasi EGM itu tidak didedahkan.

“Minit itu menyatakan Perkara 117 ditambah dalam Memorandum dan Artikel Penubuhan SRC International.

“Katanya, perdana menteri (Najib) dijadikan ‘adviser emeritus’ SRC International dan lembaga pengarah akan memberi pertimbangan serta melaksanakan sebarang nasihat ‘adviser emeritus’ demi kepentingan syarikat,” katanya apabila ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff.

Berita lanjut menyusul.

Merdeka Center