Orang utan ‘temani’ wanita susukan anak

Menjadi tanggungjawab seorang ibu untuk memberikan susu kepada anak kecil supaya kekal sihat dan berada dalam keadaan baik.

Ia tidak mengira tempat di mana ibu dan anak berada, maka sebab itulah sama ada di pusat membeli belah mahupun restoran terdapat satu ruang khas hanya untuk ibu menyusukan anak mereka.

Suatu kejadian berlaku pada seorang wanita, Gemma yang pergi ke Zoo Schoenbrunn, Austria membawa anaknya dan dalam keadaan yang sama si ibu terpaksa menyusukan anak ketika berada di kandang Orang Utan.

Ketika Gemma Copeland, 30, mengambil tempat untuk duduk di tepi kadang tersebut, tiba-tiba Orang Utan itu menghampirinya dengan penuh kasih sayang dan melihat Gemma menyusukan anaknya, Jasper yang berusia tiga bulan.

Orang Utan tersebut dilihat cuba mengangkat tangan seolah-olah ingin memegang anaknya dan memandang kearah mereka dengan penuh makna seolah-olah yang haiwan juga tahu erti kasih dan pengorbanan seorang ibu kepada anak.

Kejadian ini dimuat naik sendiri oleh Gemma dalam media sosialnya dengan mendapat 136,000 tontonan, 382 kongsi dan 1200 suka.

Malah, gambar profilnya dilihat turut diletakkan gambar Gemma bersama Orang Utan yang sedang memandang kearahnya.

“Saya mahu melihat lebih dekat Orang Utan dan pergi ke dinding kaca itu. Kemudian bayi saya haus dan nak menyusu.

“Saya menyusukan anak di situ tanpa berfikir apa-apa. Namun tiba-tiba terkejut orang utan datang dekat dan lihat anak saya sambil angkat tangannya cuba pegang anak saya.

“Saya berasa sangat tersentuh hati melihat aksinya itu. Orang Utan sangat memahami erti kasih sayang,” tulisnya di Facebook.

Kejadian tersebut berlaku dalam masa 30 minit dimana ia sempat dirakam suami Gemma sendiri, Shane, 31.

Kata Gemma lagi, Orang Utan itu hanya berdiam diri.

“Saya lihat dia, dia pandang saya. Dia seolah-olah mahu melindungi saya,” katanya berikutan melihat aksi spontan orang utan itu.

Menurutnya lagi, dia membuat keputusan untuk melawat Zoo Schoenbrunn, Austria memandangkan ia adalah zoo tertua di dunia, dibuka sujak 31 Julai 1752.

“Sebab itulah saya datang ke sini kerana saya tidak tahu sama ada boleh melihat Orang Utan lagi ataupun tidak,” ujarnya.

Sumber gambar : Mercury press & media

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

Merdeka Center