Tidak bertanggungjawab… Sengaja batuk atas stok makanan, pasaraya terpaksa buang makanan

Sebahagian stok makanan yang terpaksa dibuang selepas pelanggan sengaja batuk atasnya. (Gambar Facebook)

Di saat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan seharusnya sebagai pengguna mestilah mempunyai sikap bertanggungjawab terutama sekali ketika berada di luar untuk membeli barang keperluan dapur.

Malah penjual atau peniaga juga sudah tentu mahu memastikan bekalan sentiasa mencukupi untuk menampung keperluan semua orang.

Dan jika masih ada yang tidak memberi kerjasama untuk tetap berada di rumah dan tidak perlu keluar kalau tiada urusan yang penting sudah pasti kerajaan akan melanjutkan lagi perintah kawalan ini kerana gagal memutuskan rantaian Covid-19.

Maka amat wajar ketika keluar membeli barang keperluan, orang ramai seharusnya mengamalkan kebersihan terutama sekali jika perlu berada di tempat orang ramai dan janganlah sampai memudaratkan orang lain dengan tindakan diri sendiri.

Proses pembersihan kuman dilakukan bagi mencegah Covid-19. (Gambar Facebook)

Berdasarkan perkongsian di Facebook, di Pennsylvania sebuah pasaraya terpaksa membuang semua stok makanan selepas seorang daripada pelanggan mereka batuk dengan sengaja di atas permukaan bahagian makanan, tempat daging mentah dan bahagian bakeri.

Hal ini menyebabkan pasaraya tersebut mengalami kerugian lebih RM149,208.

Pihak pasaraya terpaksa mengambil langkah keselamatan dengan membuang kesemua stok makanan tersebut dan melakukan kerja-kerja pembasmian kuman.

Walaupun mereka tak tahu sama ada pelanggan tersebut merupakan pesakit Covid-19 atau tidak namun sebagai langkah berjaga-jaga mereka terpaksa juga membuang stok makanan tersebut.

Rak stok makanan lenggang membuatkan penduduk Pennsylvania panik bimbang stok habis. (Gambar Facebook)

Tindakan orang tidak bertanggungjawab ini mencetuskan panik dalam kalangan penduduk setempat.

Pihak pasaraya terpaksa meletakkan stok makanan yang baru. (Gambar Facebook)

Mereka menyangka stok makanan di pasaraya tersebut dah habis.

Selepas kerja-kerja pembasmian kuman dilakukan, staf pasaraya tersebut meletakkan semula stok makanan yang baharu ke tempat rak-rak yang telah dikosongkan itu.

Kejadian seperti ini bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan bahan lawak dalam keadaan yang kritikal.

Kesemua stok baru yang terpaksa diganti membuat pasaraya itu kerugian RM149,208. (Gambar Facebook)

Orang ramai dinasihatkan untuk memberi kerjasama agar dapat memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Ketika ini Pennsylvania sudah mencatatkan 1,260 kes positif Covid-19.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

Merdeka Center